Kumpulan The Wannababes kembali lagi, Jadi watak utama cerita kali ini,
Bertujuh mereka dipilih menyertai,
Kem pasukan sorak yang dibuat di luar negeri.
Universiti Selatan Malaysia jadi lokasi, Banglo rumah tamu menjadi kediaman rasmi, Seminggu di situ bukan bersendiri,
The Wannababes sebumbung dengan pelajar tidak dikenali!
Kumpulan debat hebat bertudung labuh, Dari Sekolah Agama Sungai Siput,
Jauh berbeza perangai The Wannababes yang hodoh, Pertembungan dua budaya buatkan rumah meletup!
The Wannababes berlagak tidak terkira, Tanpa tahu pelbagai kejadian bakal menimpa, Rumah tamu jadi saksi kisah pelik yang melanda,
Ada hantu? Biar betul? The Wannababes menggeletar tidak terkira! Makin lama makin kronik dan ngeri, Gangguan datang silih berganti,
Mampukah The Wannababes lawan hantu sendiri? Ataupun bekerjasama dengan kumpulan yang dimusuhi? Bacalah novel seram lucu ini,
Dijamin puas hati, digamit ngeri dan
ketawa tidak kering gusi!