• Cinderellah VS Rapunzellah

Cinderellah VS Rapunzellah

Not yet rated Write a review
RM 10.00
Ex Tax: RM 10.00
Product Code:
3761
 
Aduan Kepada Konsortium Pari - Pari
Nama pengadu: Cinderellah binti Ahmad Lelah
Aduan Bantulah saya, mangsa dera keluarga tiri sendiri! Saya cuba telefon teledera tetapi tiada operator yang melayan diri. Saya mahu lepaskan diri daripada deraan yang tidak tertanggung ini!
Setiap hari melakukan kerja tanpa henti. Memasak, membasuh dan mengemas rumah adalah rutin yang mesti. Saya tidur tiga jam setiap malam dan hanya makan setengah pinggan nasi. Telinga didera caci maki. Kepala ditunjal sesuka hati. Sungguh! Saya tidak tahan hidup sebegini!
Saya percaya dengan kebolehan konsortium. Malah rakan saya, Bawang Putih turut mencadangkan perkhidmatan ini. Dengarnya Bawang Putih berjaya mencincang lumat Bawang Merah yang kejam itu. Bawang Merah juga bertukar menjadi bawang goreng dengan bantuan hebat pari-pari. Oh, saya mahu kakak-kakak tiri saya menerima nasib begitu!
Write a review