Apabila Edward de Bono menerokai konsep "pemikiran lateral" dua puluh tahun dahulu, beliau telah memulakan revolusi senyap dalam pemikiran yang telah merentasi seluruh dunia.
Adalah terlalu mudah untuk membantah, merungut, bersungut, mengkritik dan menghentam. Masih lagi ramai orang yang merasakan bahawa negativiti masih tidak mencukupi. Mereka lihat keperluan untuk menjadi konstruktif, kreatif dan menyumbang ke arah menjadikan kenyataan. Ini adalah mereka yang akan menerima Revolusi Positif. Buku baru Edward de Bono ini menyediakan rangka praktikal untuk revolusi yang serius iaitu tiada musuh tetapi mencari untuk membuat keadaan menjadi baik.
Tangan melambangkan lima prinsip asas Revolusi Positif ibu jari untuk keberkesanan, jari telunjuk untuk menunjuk arah konstruktif, jari tengah untuk nilai kemanusiaan, jari manis untuk kemajuan diri dan jari kelingking untuk sumbangan untuk mengingatkan kita bahawa walaupun sumbangan adalah kecil ia lebih baik daripada berakhir dengan kritikan.