Terlalu sakit rasanya bila cinta ini terpaksa dikuburkan hanya kerana tidak direstui, kasihku. Terlalu pedih hatiku tatkala diri harus akur pada janji yang telah dipateri... semata-mata kerana kita tidak berdaya. Mencintaimu membuatkan aku terasa sempurna dan terlalu bahagia. + Cintamu terlalu indah mengisi kantung hatiku ini, Is.... terlalu manis saat bersamamu. Namun ia hanya sebentar cuma. Datang dan pergi... tanpa aku relakan... Hakikatnya kita tidak tercipta untuk bersama. Takdir-menemukan tetapi jodoh telah memisahkan cinta kasih kita... Biarlah kasih.. biarlah ia tidak berkembang kerana aku tahu, kau tercipta bukan untukku...