Sekolah Sri Bangsar gempar lagi! Semua pelajar mahu jadi pelakon! Lelaki mahu jadi Romeo, perempuan berangan jadi Juliet apabila sekolah menganjurkan uji bakat teater Romeo & Juliet.
Pai'e si Raja Lawak Sri Bangsar merasakan inilah peluangnya meraih populariti lebih bermakna, seterusnya mengikis imej pelawak semata yang lama sebati dengan dirinya. Dia mahu jadi Romeo Sri Bangsar!
Namun Pai'e berwajah biasa-biasa, tewas pada pelajar kacak iaitu Fahrin yang tiada bakat berlakon, tetapi punya pakej sempurna. Otot menonjol, muka kacak, badan tegap dan suara macho! Itulah definisi lelaki Romeo!
Fahrin memperlekehkan Pai'e dan memberitahu... inilah realiti hidup. Perempuan hanya memilih lelaki kacak sahaja! Tercabar dengan kata-kata itu,
Pai'e bertekad mahu memikat tiga gadis bagi menyahut cabaran Fahrin!