• Alakudin Dan Lampu Tidak Ajaib

Alakudin Dan Lampu Tidak Ajaib

Not yet rated Write a review
RM 10.00
Ex Tax: RM 10.00
Product Code:
3420
 
Aduan Kepada Konsortium Pari - Pari
Nama pengadu: Alakudin bin Alakoko
Aduan Tolong! Ini kecemasan yang teramat cemas! Saya budak miskin bernama Alakudin. Baru-baru ini terjumpa sebuah lampu ajaib. Saya sudah ikut arahan gosok. Jangan tidak gosok! Saya gosok sebanyak 3 kali dengan cara yang betul. Muncul jin seiring kepulan asap biru. Peliknya, jin itu terus lari berdesup hilang entah ke mana!
Sepatutnya sesiapa yang menemui lampu ajaib berhak mengemukakan
3 permintaan. Masalahnya, saya tidak sempat bercakap langsung! Tiga permintaan saya tidak terluah! Saya memang kecewa! Sampai hati jin itu mempermainkan saya! Saya bukannya mahu minta yang bukan-bukan. Permintaan saya logik dan berbaloi-baloi demi masa hadapan yang gemilang.
Saya mahu berkahwin dengan Puteri Wangi Jasmin. Saya teringin jadi kaya mengalahkan Bill Gates. Akhir sekali... saya berharap sangat dapat dikeluarkan dari gua batu ini. Gua batu yang kosong dan sunyi menambahkan perit yang saya lalui.
Saya benar-benar memerlukan bantuan Konsortium Pari-Pari. Tolonglah cari dan jejak jin yang hilang itu supaya saya mampu hidup bahagia. Tolonglah saya secepat yang mungkin, ya! Sekian, terima kasihlah.
Yang benar,
Alakudin
Alakudin bin Alakoko
14 April Tahun Dongenglah
Write a review