• Kecemerlangan Emosi Di Tempat Kerja

Kecemerlangan Emosi Di Tempat Kerja

Not yet rated Write a review
RM 12.00
Ex Tax: RM 12.00
Product Code:
1937
 
Bagaimanakah kita dapat mencapai kecemerlangan emosi? Mampukah kita bekerjasama dengan rasa hormat dan saling memahami?

Dalam hasil penulisan Dr. Yong ini, kecemerlangan emosi diletakkan di tengah-tengah pentas tempat kerja cemerlang. Sejauh manakah ia relevan dalam arus perubahan dunia yang deras serta dipenuhi perkembangan teknologi ini?

Berpandukan pengalaman mendidik dan membimbing selama 25 tahun, Dr. Yong mempersembahkan model individu holistik LPL Hasil kajian personaliti dan penyelidikan organisasi telah membawa kepada terciptanya Perisian Personaliti LPI yang kini boleh didapati dalam 8 bahasa. LPI juga merupakan perisian memprofil personaliti pertama yang mampu menyampaikan laporan personaliti dalam Bahasa Malaysia.

Teruskan membaca untuk melihat di sebalik tirai personaliti anda dan saksikan sendiri kesan-kesan terapi TENT yang direka berdasarkan Terapi Tingkah Laku Kognitif (CBT).

Dr. Leonard Yong merupakan seorang perunding antarabangsa yang telah melatih dan memberi khidmat nasihat di serata dunia. Beliau juga seorang ahli psikologi pendidikan. Sebelum persaraan, beliau adalah seorang Profesor di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya. Beliau telah mengajar selama lebih 20 tahun di Universiti Malaya dan menjadi Pengarah peneraju Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCED). Dengan mengaplikasikan model LEONARD dalam memimpin dan mengurus UMCCED, pusat ini telah menjadi sebuah pusat pendidikan yang mampu menjana perdapatan sendiri.

Dr. Leonard Yong kini merupakan Profesor
Adjung di University of South Australia dan Profesor Kehormat di Universiti Tunku Abdul Rahman.
Write a review